KEHILANGAN artis serba boleh Salih Yaacob daripada dunia seni meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga timbul dakwaan mengatakan dia merajuk.
Salih, 63, bagaimanapun menjelaskan dia tidak menjauhkan diri sebaliknya banyak menolak tawaran berlakon drama atau pun filem kerana bayaran ditawarkan tidak mampu menampung kehidupan seharian.
“Kenapa nak merajuk? Sekarang bukan lagi zaman saya. Buat album sudah tak laku, tak layak jadi hero lagi. Komedi pun orang campak, pijak sahaja.
Salih terkilan apabila bayaran ditawarkan kepada pelakon senior sepertinya masih ditakuk lama.