JUARA Pentas Marhaban terbitan TV Al-Hijrah iaitu Al Maqari tidak melihat kemenangan mereka ada kena mengena dengan hos pertandingan berkenaan iaitu Tilmiz Fahmi yang juga anggota kumpulan tersebut.
Ketua kumpulan Al Maqari iaitu Ahmad Ibrahim Azam berkata sekiranya perkara itu menjadi isu dia percaya sejak awal pihak produksi akan memaklumkan tentangnya selain mereka tidak layak bertanding.
“Nak kata tak adil itu pun tidak juga, kami juga lalui proses uji bakat sama macam orang lain. Kalau kami tidak boleh masuk (disebabkan Fahmi) pasti pihak produksi akan beritahu lebih awal.







