MEMBERI bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Izzue Islam dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut.
Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bagaimanapun menjelaskan kata-kata ‘road to bertiga’ sekadar azam bagi permulaan tahun 2024 bersama isteri iaitu Awin Nurin.
“Belum lagi, itu adalah azam. Setiap kali masuk tahun baru itulah doa dan azam saya serta isteri.
Izzue dan isteri masih tunggu rezeki anak.