TIKET Konsert Malam Seribu Tahun penyanyi Imran Ajmain licin hanya dalam masa sejam ia dibuka untuk jualan pada Khamis lalu.
Melihat sambutan luar biasa peminat terhadap konsert berkenaan, Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain,,42, meluahkan rasa terharu selepas mendapat perkhabaran tersebut.
“Rasa nak menangis tapi nanti konsert lagu sedih. Saya menangis di konsert nanti,” katanya.
Imran buka jualan tiket konsert untuk hari kedua.