Sukan

Ratu tae kwan do bersara akibat kecederaan, fokus ambil lesen kejurulatihan

ATLET tae kwan do kebangsaan, Nurul Hidayah Abdul Karim membuat keputusan untuk bersara daripada sukan itu kerana kecederaan dan faktor umur.

Pakar disiplin poomsae berusia 25 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu berkata, dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menamatkan kariernya disebabkan kecederaan menyukarkan beliau mengharungi cabaran lebih besar dalam sukan itu.

Dia yang telah berkecimpung dalam sukan mempertahankan diri itu sejak berumur 10 tahun sehingga berjaya meraih pingat kejohanan dunia dan Sukan SEA, bagaimanapun akan terus menabur bakti dalam tae kwan do selaku jurulatih.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%