Viral

[VIDEO] Pura-pura mahu solat tahajud, pencuri hampir larikan RM500 sebelum kantoi dengan AJK masjid

SEORANG lelaki didakwa mencuri wang tabung masjid berjaya ditangkap selepas perbuatan jenayahnya disedari dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Kelantan sekitar pukul 12 tengah malam Isnin.

Menurut ahli jawatankuasa masjid (AJK), Zulkifli Abdullah, suspek yang mengenakan jubah dan kopiah didakwa mengopak pintu masjid sebelum memulakan kegiatan tidak bermoralnya di Masjid Ar-Rahman Mukim Kubang Batang.

Pada awal kejadian, suspek dikatakan menggunakan peralatan seperti batang besi sebelum memasukkannya ke dalam lubang tabung masjid sebelum berjaya mengeluarkan beberapa keping duit kertas.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh