SELEPAS lima tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain tampil dengan single Padam Dan Pergi.
Imran, 42, berkata, penghasilan lagu berkenaan adalah sebagai usaha meneroka dan menjadikan perjalanan seninya berbeza berbanding sebelum ini.
“Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.