TIDAK hanya sekadar menghibur peminat, konsert Exists X Orkestra yang berlangsung pada malam Jumaat diadakan dengan tujuan bagi mengumpul dana untuk membantu anak seni yang memerlukan.
Menerusi satu segmen khas, Exists menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi tujuan tersebut.
Replika cek berkenaan diterima oleh presidennya iaitu Datuk Freddie Fernandez.






