SEBANYAK tiga buah kilang di Jalan Perusahaan 2, Kawasan Perusahaan Batu Caves, berhampiran Kompleks Rapid Bus Batu Caves, Selangor dilaporkan terbakar kira-kira pukul 11 pagi Rabu.
Susulan kejadian itu, kepulan asap tebal kelihatan dari jarak jauh yang sekali gus mencetuskan kekecohan penduduk.
Rakaman kejadian dikongsikan di laman Twitter, dikatakan berpunca dari sebuah kilang yang terbakar di kawasan berkenaan.





