SIAPA sangka hubungan persahabatan yang dibina sejak 14 tahun lalu akhirnya menyatukan pelakon Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada menjadi pasangan suami isteri.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, memuat naik foto-foto lama sewaktu mereka bersama-sama berada di bangku sekolah.
Perkongsian Hafidz itu secara tidak langsung membuktikan mereka pernah berkawan rapat sejak berusia 15 tahun.
Gambar kenangan Hafidz bersama Athira ketika di bangku sekolah.