PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyenaraikan bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, sebagai antara lima pemain perlu diberikan tumpuan dalam Piala Asia di Qatar bulan depan.
Badan induk itu, dalam laman web rasmi mereka, menyenaraikan Arif Aiman bersama empat bintang Asia lain, iaitu Junya Ito (Jepun), Cho Gue-sung (Korea Selatan), Harry Souttar (Australia) dan Harib Abdalla (Emiriah Arab Bersatu).

Bintang sensasi JDT, Arif Aiman berjaya raih perhatian FIFA. — MFL
“Malaysia kini menjadi satu kuasa baru yang stabil di rantau Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan sebelum ketibaan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon, tetapi mereka kemudian memenangi 18 daripada 27 perlawanan terakhir.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





