“I’M too old for this. Haha… today dah tak rasa kaki. Dah tua.”
Itulah luahan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim selepas baginda cemerlang menewaskan pasukan bola sepak stesen radio Hot FM iaitu Dashing Bekpes Hot dengan keputusan 15-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu.
TMJ yang mengetuai pasukan pilihan JDT itu turut menampilkan ketua jurulatih JDT, Esteban Solari; bintang JDT, Safiq Rahim dan Farizal Marlias serta bekas pemain, Safee Sali selain turut dibarisi pengurusan dan kakitangan JDT.





