TIDAK menyanyikan lagu Astana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), penyanyi Ernie Zakri tampil membidas kenyataan bercanggah berhubung perkara itu.
Menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum ini, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata dia sama sekali tidak pernah mengatakan tidak mahu menyanyikan lagu tersebut.
“Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kenyataan yang dikeluarkan Rocketfuel Entertainment.