LUAHAN penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir mengenai kekurangan paras rupa turut menarik perhatian rakan selebriti iaitu Amylea Azizan.
Berkongsi pandangan sama, Amylea, 37, memberitahu sehingga kini masih ramai yang menganggap dirinya bukan seorang penyanyi yang berjaya disebabkan tidak memiliki paras rupa cantik.
“Sehingga hari ini orang masih bercakap tentang paras rupa saya dan anggap saya tidak berjaya kerana tak cantik,” luahnya menerusi Instagram miliknya pada Selasa.

Amylea berkongsi rasa sama seperti Dina.






