ENGGAN wajahnya disamakan seperti Alif Teega, pelakon Adam Lee mengambil keputusan mencukur jambang untuk menunjukkan perbezaan di antara dirinya dengan personaliti media sosial itu.
Malah Adam atau Muhammad Arif Adam Mohd Fadlee, 29, turut meminta agar orang ramai tidak lagi menyamakan rupa parasnya dengan suami kepada Aisyah Hijanah itu.
“Jambang sudah buang. Sudah, jangan samakan aku dengan dia lagi. #iniALbukanAT,” katanya menerusi satu hantaran di muat naik di Instagram pada Khamis.

Adam tidak mahu disamakan seperti Alif Teega.






