BUAT pertama kali program The Masked Singer Malaysia musim keempat bakal disiarkan secara langsung bermula 17 Disember ini setiap hari Ahad.
Tampil lebih gah dan bergaya, program popular itu juga bakal membuka tirai dengan kehadiran 15 barisan selebriti terkemuka negara dari pelbagai cabang seni termasuk penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan dan pempengaruh media sosial.
Pengurus saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, kejayaan tiga musim terdahulu turut membuatkan pihak produksi menaik taraf kostum dengan menyelitkan elemen flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan.
Idlan (tengah) semasa sidang media The Masked Singer Malaysia 4.