BENGANG terus dikecam tanpa henti, penyanyi Syura Badron memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu untuk tampil membuat permohonan maaf kepadanya.
Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, dia kesal apabila netizen tidak mengambil pengajaran daripada kes yang berlaku membabitkan dia, Lan Solo serta penyanyi Siti Nordiana.
“Tolong ambil perhatian! Dan untuk dia tolong direct message (DM) saya dalam tempoh 24 jam atau saya panjangkan perkara ini kepada peguam.







