TIADA angin tiada ribut, pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie mendedahkan dia sudah bercerai dengan isteri iaitu Nina Sabrina Ismail Sabri selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Jovian memberitahu dia dan Nina sudah bercerai sejak Ogos lalu secara baik dan kini selesa bergelar sebagai seorang sahabat.
“Sesetengah perkahwinan adalah istimewa dan dibuat untuk kekal seumur hidup tetapi perkahwinan kami istimewa kerana ia telah berkembang menjadi persahabatan yang akan kekal seumur hidup.