BERKENALAN dalam tempoh singkat, penyanyi Amylea Azizan memberitahu dia hanya sempat bertemu suaminya Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash sebanyak lima kali sebelum mereka melangsungkan pernikahan.
Berkongsi kenangan pertemuan mereka, Amylea, 37, berkata pertama kali mereka berjumpa adalah di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur yang turut ditemani rakan-rakanya.
“Masa ini pertama kali jumpa Ash. Kawan ajak karaoke bersama. Segan nak jumpa seorang, jadi bawa bala tentera (kawan-kawan).

Amylea pertama kali berjumpa suami ditemai rakan-rakan.






