Hiburan

Kekal jadi pilihan, Suria FM catat 3.2 juta pendengar mingguan

STESEN radio Suria FM berjaya mengekalkan catatan jumlah masa mendengar tertinggi antara empat stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 6 jam 37 minit sekali gus mencatat sebanyak 3.2 juta jumlah pendengar mingguan.

Keputusan ini diperoleh berdasarkan kaji selidik yang dilakukan GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2023.

Segmen kelolaan penyampai radio DJ Lin iaitu Suria Cinta masih mengungguli takhta apabila mencatatkan jumlah masa mendengar mingguan tertinggi selama 3 jam 5 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi.

suria - 1

DJ Lin anggap catatan terbaharu sebagai hadiah ulangtahun Suria FM.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh