PELAKON Dian Sastrowardoyo berkongsi pengalaman dan cabaran dalam membawakan watak Dasiyah menerusi drama siri berjudul Gadis Kretek yang sedang ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix.
Menerusi temu bual bersama tokoh media yang juga Penasihat Kumpulan The Star Berhad iaitu Datuk Seri Wong Chun Wai, Dian, 41, mendedahkan dia terpaksa mengasingkan diri dan tidak bergaul dengan orang ramai semata-mata ingin mendalami watak utama berkenaan.
Malah, dia juga tidak melakukan sebarang aktiviti sosial dan hanya memberikan fokus kepada diri sendiri dalam tempoh tujuh bulan.

Dian terharu dengan sambutan luar biasa yang diterima.






