SEORANG penjenayah bertindak menyembur api ke arah pekerja kedai runcit sebelum dua rakan jenayahnya mengambil wang dan barang dalam kejadian di Kampung Johan Setia, Klang, Selangor pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Salah seorang suspek tiba-tiba mengeluarkan pemetik api dan botol penyembur nyamuk lalu membakarnya di hadapan mangsa untuk menakutkannya.





