SERING menerima mesej berbaur lucah selepas berkongsi aktiviti di gimnasium, pelakon Atiq Azman sekali lagi memberi amaran kepada individu yang berterusan menganggunya.
Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, tegas meminta supaya netizen berhenti daripada menghantar mesej atau komen yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya.
“Bolehkah kamu semua berhenti dengan mentaliti yang bodoh seperti ini? Gim hanyalah sebahagian daripada hobi saya, dan itu sahaja.

Atiq ketika melakukan aktiviti di gim.






