BINTANG Manchester United, Marcus Rashford mendedikasikan golnya menentang Everton buat sepupunya yang meninggal dunia, baru-baru ini.
Pemain bola sepak itu menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 3-0 United di Goodison Park hujung minggu lalu dan kemudian berkongsi penghormatan yang menyentuh hati di laman sosial miliknya.
Rashford memuat naik gambar dirinya mendongak ke langit dalam meraikan gol tersebut, dengan kapsyen: “Saya ingin mendedikasikan gol semalam kepada sepupu saya yang baru meninggal dunia.”




