TULAR rakaman sebuah kereta jenis perodua Axia merempuh sebuah rumah di kawasan perumahan yang dipercayai berlaku di Selangor pada Khamis.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman X (dahulu dikenali Twitter), pada mulanya, kereta terbabit dilihat memandu mengikut lorong yang betul.
Namun ketika di selekoh, kereta tersebut terus dipandu lurus sebelum merempuh dinding sebuah rumah.





