LEBIH seronok berstatus solo, pelakon Ben Amir masih belum mempunyai teman istimewa untuk dijadikan pasangan hidup.
Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 33, sebaliknya berkata, masih terdapat banyak lagi perkara belum dapat ditunaikan termasuk menggembara ke seluruh dunia.
“Saya masih solo dan tengah seronok hidup single. Saya nak melancong dan banyak benda lagi nak buat.







