PENYANYI Noraniza Idris berdepan dengan masalah kemurungan teruk susulan menjadi mangsa penipuan penganjuran Konsert Malai solo yang sepatutnya berlangsung pada Oktober tahun lalu.
Noraniza, 54, berkata, kejadian itu menyebabkan dia tidak mahu berdepan dengan orang ramai termasuk enggan lagi bergiat aktif dalam dunia nyanyian.
“Sejak insiden yang berlaku itu saya sudah serik! Saya mengalami trauma, kemurungan yang teruk selama tujuh bulan sebelum berani tampil depan umum.







