BEKAS pelakon drama bersiri Gerak Khas yang melakonkan watak ‘Asisten Superintendan Saiful’, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batu Gajah, Perak pada Sabtu.
Kejadian itu berlaku di Batu 6 Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah pada pukul 3 petang melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Kancil, Perodua Kelisa dan Proton Perdana yang dipandunya.
Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah rumah di kawasan terbabit.