KETUA Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kehilangan tiga tonggak utama untuk perlawanan Liga Super 2023 menentang Kelantan FC yang bakal diadakan di Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor pada Isnin, lapor Stadium Astro.
Tiga ayam tambatan itu ialah Stuart Wilkin dan Darren Lok yang kini dalam tugasan antarabangsa bersama Malaysia. Manakala penyerang sayap, Saddil Ramdani pula beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia.
“Saya percaya pemain lain dalam skuad Sabah mampu menggalas tugas itu kerana banyak lagi perlawanan selepas ini dan saya perlu memikirkan mengenai kecergasan pemain terutama yang beraksi untuk pasukan kebangsaan,” kata Kim Swee.

Meskipun kehilangan tiga tonggak utama, pengendali Sabah FC, Kim Swee percaya dengan kebolehan skuad yang ada. — Facebook/Sabahfc
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





