PELAKON Imran Aqil tidak mampu mengawal perasaan gugup apabila perlu beraksi satu gelanggang dengan idolanya sejak kecil iaitu vokalis kumpulan Sheila On 7 (SO7), Duta.
Imran atau Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, berkata, sejak kecil lagi dia meminati lagu-lagu nyanyian Sheila On 7 dan tidak menyangka penyanyi berkenaan berada di depan mata.
Malah lebih mendebarkan lagi apabila dia perlu menentang Duta atau nama sebenarnya Akhdiyat Duta Modjo dalam satu perlawanan badminton di Jakarta Indonesia pada malam Jumaat.








