BEKAS rakan sepasukan Roy Keane, Jason McAteer membalas ‘serangan’ legenda Manchester United itu selepas dia menghidupkan semula persaingan antara mereka.
Walaupun bermain bersama di bahagian tengah untuk Ireland, pasangan itu tidak pernah bertentang mata.
Malah hubungan mereka semakin tegang ketika United menentang Sunderland pada Ogos 2002 iaitu kira-kira tiga bulan selepas Keane dihantar pulang untuk Piala Dunia di Jepun dan Korea Selatan.





