PENYANYI Baby Shima bersetuju apabila trofi Ikon Belia Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) tidak diberikan kepada personaliti media sosial Zhiddin Aziz pada 11 November lalu.
Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, turut menempelak Zhiddin susulan namanya didakwa menciplak beberapa ayat daripada teks juara dunia dalam pertandingan pidato sebelum ini.
Malah secara sarkastik menyifatkan tindakan mencuri ayat tanpa memberi kredit kepada penulis asal seolah-olah tidak mempunyai harga diri.