Sukan

[VIDEO] Madame Pang tawar bonus RM1 juta buat Thailand harungi kelayakan Piala Dunia

PASUKAN kebangsaan Thailand pastinya sudah menyusun skuad terbaik untuk memulakan kempen kelayakan mereka untuk Piala Dunia 2026 menentang China di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Khamis ini.

Pada sesi latihan terakhir skuad kendalian Mano Polking itu disempurnakan oleh pengurus pasukan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau Madame Pang yang datang secara peribadi untuk memberi galakan kepada kakitangan, jurulatih dan pemain.

“Suasana dan semangat dalam pasukan ketika ini sangat baik kerana saya percaya semua orang sudah tahu tugas dan tanggungjawab mereka. Dalam aksi kelayakan Piala Dunia, semua orang mahu bermain dan mahu membuktikan diri. Sudah tentu, dua perlawanan pertama adalah sangat penting.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.