PENYANYI Farisha Iris menjelaskan dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat susulan memuat naik foto tempahan dewan perkahwinan menerusi Instagram miliknya.
Farisha atau Farisha Asmadi, 24, berkata, dia hanya membuat tinjauan sebagai persiapan awal namun menyedari tidak mudah merancang majlis perkahwinan.
“Saya baru-tengok-tengok sahaja. Ternyata bukan senang nak buat persiapan melangsungkan perkahwinan,” katanya kepada mStar.