PENYANYI Datuk Nora Ariffin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.
Menurut pengurusnya dikenali sebagai Jaja memaklumkan suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli ada berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu.
“Saya belum dapat melawat Datuk lagi tapi mengikut suaminya, dia dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. Alhamdulillah.

Suami sentiasa kongsi perkembangan terkini Nora.





