PENYANYI As’ad Motawh pernah berjalan kaki sejauh enam kilometer demi menghadiri pertunjukan fesyen di Pavilion Kuala Lumpur sebelum bergelar artis.
As’ad atau As’ad Ahmad Mohammad Motawh, 22, berkata, dia memilih berjalan kaki kerana hanya mempunyai wang sebanyak RM5 dan mengambil masa dua jam untuk sampai ke pusat beli-belah itu dari rumahnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
“Sebelum bergelar penyanyi saya dijemput menghadiri ke Kuala Lumpur Fashion Week. Saya ada RM5 dalam poket dan fikir macam mana hendak ke sana sebab saya duduk dekat Desa Pandan.







