KEHADIRAN pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan ternyata memberikan kelebihan buat Harimau Malaya untuk kekal bersaing di pentas Asia tanpa mengira kedudukan ranking negara.
Sejak diperkenalkan pada 2018, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memanggil sebanyak lapan pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh (Gambia), Guilherme de Paula, Paulo Josue, Endrick dos Santos (Brazil), Liridon Krasniqi (Kosovo), Lee Andrew Tuck (England) dan Sergio Ezequiel Aguero (Argentina).
Antara lapan pemain yang pernah disenarai oleh FAM, hanya dua bintang gagal memberikan persembahan terbaik bersama Harimau Malaya iaitu Liridon dan De Paula.