PEMERGIAN penyanyi Tia Jinbara pada malam Rabu memberi kesan cukup mendalam buat tiga anak tirinya yang cukup rapat dengan Allahyarham.
Nifail atau Ahmad Nifail Mohamad Fairuz, 17, berkata, dia dan adik-beradiknya kini hilang tempat mengadu memandangkan arwah adalah tempat mereka meluahkan masalah dan berkongsi cerita.
Cerita Nifail, sebelum Tia jatuh sakit, arwah setiap minggu akan datang melawatnya yang duduk di asrama Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor walaupun tanpa ditemani ibunya.