PELAKON dan usahawan Fazura memaklumkan dirinya menolak untuk menghasilkan tudung bertemakan Palestin meskipun mendapat permintaan daripada peminat.
Fazura atau Nur Fazura Shariffuddin, 40, berkata penghasilan tudung sebegitu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang usahawan.
Sebagai pengusaha tudung, dia juga berpendapat agak mustahil untuk mendermakan keseluruhan keuntungan jualan produknya kepada masyarakat di negara berkenaan.







