PENYANYI Ezad Lazim terpaksa bergegas pulang selepas tamat persembahan di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) susulan rumahnya dinaiki air akibat banjir.
Menurut Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, dia juga tidak dapat memasuki kawasan perumahannya yang terletak di Sepang, Selangor kerana jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
“Jalan dah tak boleh masuk. Bekalan elektrik juga terputus. Longkang sudah dipenuhi air dan harap tidak terus banjir lagi.
Ezad berkongsi keadaan di kawasan rumahnya.