PRESTASI Erik ten Hag semakin merudum.
Manchester United tersingkir daripada saingan Piala Liga selepas tewas 3-0 kepada Newcastle di laman sendiri, tiga hari selepas ditundukkan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.
Gary Neville sudah memberi amaran kepada Erik ten Hag yang dia mungkin akan dipecat oleh Manchester United.





