ERLING Haaland dianugerahkan trofi Gerd Muller 2023 semasa majlis Ballon d’Or, selepas menjaringkan 36 gol sepanjang saingan musim 2022/23 bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Haaland yang juga penyerang Norway menyertai City dari kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund juga melabuhkan kempen dengan 52 gol dalam semua pertandingan.
“Ini tugas saya (menjaringkan gol), sebab itu saya di sini. Itu adalah kepakaran saya,” katanya.





