Sukan

[VIDEO] Risau pemain protes, pengadil di Sepanyol guna spray lukis garisan

PENGADIL perlawanan Liga Divisen Dua Sepanyol, Saul Ais Reig mencuri tumpuan penyokong apabila videonya ketika mengadili aksi antara Mirandes-Cartagena menjadi tular dan dibahaskan oleh peminat bola sepak dunia.

Dalam video tular di media sosia, pengadil tersebut dilihat menggunakan penyembur untuk melukis satu garisan pendek yang seakan-akan ‘perintah larangan’ bagi menghalang pemain kedua-dua pasukan daripada melakukan protes.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, penyokong boleh melihat dengan jelas bagaimana pengadil membuat garisan di atas rumput menggunakan semburan dan memberi isyarat kepada pemain untuk tidak melepasi garisan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.