PENYANYI asal Singapura Hady Mirza menjelaskan setiap peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dilayan sama rata dan tidak wujud sifat pilih kasih dalam kalangan juri.
Hady atau Muhammad Mirzahady Amir, 43, sekali gus menyangkal dakwaan dia menjadi peserta kegemaran ketua juri iaitu Datuk Ramli MS.
Malah kata Hady, dia tidak melihat atau merasai sebarang layanan istimewa dalam kalangan peserta termasuk dia sendiri sepanjang enam minggu pertandingan berlangsung.







