Sukan

Isu tunggakan gaji ancam jumlah pasukan musim depan

ISU masalah kewangan sehingga menjejaskan pembayaran gaji pemain dan pegawai berpotensi menggugat perancangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengekalkan jumlah pasukan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam yang menganggap struktur Liga Super dengan penyertaan 14 pasukan ketika ini adalah struktur terbaik pernah dilaksanakan, namun melihat ia bukan satu kemestian.

Mengambil kira isu masalah kewangan dihadapi pasukan yang kembali hangat diperkatakan, Stuart berkata, MFL akan melakukan apa sahaja termasuk jika terpaksa mengurangkan jumlah pasukan bertanding demi menjaga imej liga.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.