Viral

[VIDEO] Pemandu Singapura mabuk rempuh pagar istana Sultan Johor

SEORANG pemandu dipercayai warga Singapura dirakam melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh pagar Istana Sultan Johor, dalam kejadian yang berlaku pukul 5.30 pagi Jumaat.

Melalui rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter), kejadian itu dikatakan berlaku di jalan Pusat Bandar menuju ke arah Danga Bay, Johor Bahru, Johor.

Video itu menunjukkan pemandu kereta jenis Audi RS6 itu memandu laju sebelum terbabas dan merempuh sebuah motosikal dan pagar istana di kawasan terbabit.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh