MEMILIH kelompok rakan dan orang sekeliling yang betul adalah cara penyanyi Zizi Kirana kekal istiqamah dalam penampilannya itu.
Kata Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia juga sentiasa mendapatkan bimbingan orang-orang yang arif dalam bidang agama supaya perjalanan hijrahnya itu tidak terpesong.
Zizi akui ada ketika dia juga lalai tentang agama.
“Ketika bercakap dalam mana-mana majlis sebelum ini ramai yang bertanya tentang istiqamah, tetapi soalan itu susah saya nak jawab.