Sukan

Pincang tanpa Safwan Mazlan, tiba masanya bintang simpanan TFC buru minit aksi Piala AFC

KETIADAAN tonggak pertahanan Safwan Mazlan dalam aksi ketiga Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis nanti nyata satu situasi mencemaskan kem latihan pasukan Terengganu FC (TFC).

Pemain itu bakal terlepas aksi tersebut selepas dia dilayangkan dua kad kuning yang sekali gus terpaksa diketepikan jurulatih, Tomislav Steinbruckner dalam pertemuan menentang wakil kelab dari Filipina iaitu Stallion Laguna FC.

Namun, kehilangan pemain itu dijangka mampu diatasi skuad Penyu dengan beberapa individu berpotensi berpeluang untuk mengambil alih tugas untuk mengekang asakan lawan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh