SEBUAH kenderaan pacuan empat roda (4×4) tersangkut akibat banjir yang berlaku di laluan terowong di Kelana Jaya ke Ara Damansara, Selangor pada Isnin.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) oleh @adibhazlami, pemandu kenderaan 4×4 berwarna biru itu dilihat tidak dapat melalui jalan yang dinaiki air pada waktu itu.
Pada masa sama, pemandu tersebut diilihat cuba untuk menggerakkan kenderaannya yang sudah berasap berkali-kali namun gagal.






