SEBAGAI tanda menunjukkan solidariti terhadap kekejaman di Palestin, pempengaruh media sosial Ceddy Ang turut tidak ketinggalan mengambil peluang berhimpun bersama rakyat Malaysia menyatakan sokongan pada perhimpunan yang diadakan pada Ahad.
Kata Ceddy, 35, perhimpunan aman yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu bukan hanya berkaitan agama semata-mata, namun merupakan isu kemanusiaan.
“Saya berada di perhimpunan aman di Dataran Merdeka anjuran @vivapalestinamy dan hati saya berpuas hati melihat orang dari semua kaum dan agama berkumpul. Jelas ini bukan hanya tentang agama, ia tentang kemanusiaan.
Ceddy turut bersimpati terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin.